BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 19 December 2009

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)

Those who have SPM qualification and 20 years old (or below) can apply for this scholarship offered by Ministry of Education. The link is as below:
http://apps.emoe.gov.my/kplspm/

Closing Date is 25 March. Those interested must act fast as this could be online application (remember bank will be closed on Saturday and Sunday if you need to buy pin number for this application) and it might need time to fill up the application.

*Please help to forward to all SPM candidates as they would not be aware of such scholarship takes place.

A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.

A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :

^Bachelor of Science (Honours) - Mathematics

^Bachelor of Science (Honours) - Physics

^Bachelor of Science (Honours) - Chemistry

^Bachelor of Science (Honours) - Biology

^Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy

^Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy

^Bachelor of Science (Honours) - Audiology

^Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology


Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :


* Matematik
* Fizik
* Kimia
* Biologi
* Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)



~ Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


~ Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.


~ Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.


~ Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selama 2 semester.

A2. Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :

a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.

b. Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang, Selangor.

c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.

0 comments: